tentang myel

Daftar sekarang

Malaysia eFootball League (MyEL) adalah sebuah platform rasmi yang diwujudkan untuk memartabatkan sukan eFootball di Malaysia oleh Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF). Sebagai satu inisiatif untuk menyatukan pemain-pemain terbaik dari seluruh negara, MyEL bertujuan untuk menyediakan ruang bagi pemain-pemain eFootball bermain secara kompetetif untuk meningkatkan kemahiran mereka sambil memupuk bakat baharu dalam permainan ini.

MyEL memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem esports negara, dengan matlamat untuk melahirkan lebih ramai jaguh tempatan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Liga ini turut menjadi landasan untuk memperkukuh semangat kesukanan, memperluaskan komuniti esports dan menyumbang kepada perkembangan industri esports di Malaysia.

Sebagai simbol kebanggaan negara dalam arena esports, MyEL bukan sahaja sekadar sebuah liga tempatan, tetapi juga platform pembangunan generasi baharu yang mampu membawa nama Malaysia ke pentas dunia. 

Ini dibuktikan apabila pemain efootball mobile produk MyEL iaitu Ahmad Muhaimin @ Minbappe telah berjaya mengharumkan nama negara apabila menjuarai kejohanan dunia FIFAe dan memenangi pingat perak Asian Esports Games pada tahun 2024.

Malaysia eFootball League (MyEL) adalah sebuah platform rasmi yang diwujudkan untuk memartabatkan sukan eFootball di Malaysia oleh Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF).

Sebagai satu inisiatif untuk menyatukan pemain-pemain terbaik dari seluruh negara, MyEL bertujuan untuk menyediakan ruang bagi pemain-pemain eFootball bermain secara kompetetif untuk meningkatkan kemahiran mereka sambil memupuk bakat baharu dalam permainan ini.

MyEL memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem esports negara, dengan matlamat untuk melahirkan lebih ramai jaguh tempatan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Liga ini turut menjadi landasan untuk memperkukuh semangat kesukanan, memperluaskan komuniti esports dan menyumbang kepada perkembangan industri esports di Malaysia.

Sebagai simbol kebanggaan negara dalam arena esports, MyEL bukan sahaja sekadar sebuah liga tempatan, tetapi juga platform pembangunan generasi baharu yang mampu membawa nama Malaysia ke pentas dunia. 

Ini dibuktikan apabila pemain efootball mobile produk MyEL iaitu Ahmad Muhaimin @ Minbappe telah berjaya mengharumkan nama negara apabila menjuarai kejohanan dunia FIFAe dan memenangi pingat perak Asian Esports Games pada tahun 2024.

Daftar sekarang

mod pertandingan

MyEL Musim 2 akan dijalankan menggunakan 2 mod pertandingan iaitu secara online dan juga offline.

Bagi mod online, sebanyak 8 pusingan akan dipertandingkan bermula dari 20 Januari hingga 31 Mei 2025.

Bagi mod offline pula, pertandingan akan dibahagikan kepada 5 zon seperti berikut:-

  • Zon Utara
  • Zon Selatan
  • Zon Timur
  • Zon Tengah
  • Zon Borneo

Senarai pertandingan mod offline akan dikemaskini dari masa ke semasa.

format

MyEL Musim 2 masih lagi dijalankan menggunakan permainan eFootball Mobile dan eFootball Console. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perubahan format pertandingan dengan penambahan acara Mobile 1v1 selain daripada acara Mobile Clan 3v3 dan Console 1v1.

Format pertandingan bagi pusingan awal adalah Round Robin manakala format pertandingan bagi pusingan akhir pula adalah Knock Out Best of 3.

daftar sekarang

MATA leaderboard

Setiap pertandingan yang dianjurkan melalui MyEL akan diberikan mata leaderboard berdasarkan kedudukan selepas tamat setiap pusingan pertandingan.

Terdapat 4 kategori leaderboard

  • Clan Leaderboard (Mobile & Console)
  • Team Leaderboard (Mobile)
  • Authentic Leaderboard (Mobile & Console)
  • Dream Team Leaderboard (Mobile Solo & Team)

     

Leaderboard ini akan menjadi rujukan dalam menentukan

  • Seeding clan/team/pemain dalam pertandingan anjuran MESF, persatuan negeri dan pihak ketiga yang mendapat sanction daripada MESF
  • Pemilihan clan/team/pemain mewakili pasukan negeri & kebangsaan
  • Pemilihan clan/team/pemain dalam kejohanan jemputan & tertutup dalam dan luar negara oleh MESF

Selain daripada itu, sebagai insentif untuk menggalakan penyertaan pada setiap pusingan, mata penyertaan akan diberikan kepada setiap pemain yang mendaftar dan mengambil bahagian (hadir dan bermain)

hadiah

Pecahan hadiah wang tunai kemenangan MyEL Musim 2 adalah seperti berikut:-

Mod Online = Tiada Hadiah

Mod Offline = RM4,000 / zon

  • eFootball Mobile Clan = RM2,000
  • eFootball Mobile = RM1,000
  • eFootball Console = RM1,000

Hadiah RM4,000 bagi mod offline adalah nilai minima dan mungkin lebih tinggi bergantung kepada pihak penganjur kejohanan.

Hadiah Keseluruhan Leaderboard = RM20,000

  • eFootball Mobile Clan = RM10,000
  • eFootball Mobile = RM5,000
  • eFootball Console = RM5,000
daftar sekarang

rakan pelaksana

© 2025 Malaysian eFootball League (MyEL)

© 2025 MyEL